Wednesday, 25 April 2012

Demonstrasi Aman di Wisma Darul Iman

KUALA TERENGGANU - Perasaan marah rakyat negeri Terengganu semakin 'meluap-luap' khususnya kepada Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Ahmad Said terutama dalam isu-isu tanah rakyat yang dinafikan dan dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Hampir 10,000 rakyat di seluruh negeri berkumpul serta berhimpun secara aman bermula di Padang Majlis Berbandaran Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak ke bangunan pentadbiran kerajaan Wisma Darul Iman.
Lima memorandum rakyat  telah diserahkan sendiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa terbabit dengan rampasan tanah kepada Dato’ Seri Ahmad di Wisma Darul Iman, dekat sini, pada Selasa 24 April.
Antaranya, Dr Azman Ibrahim mewakili Jawatakuasa Bertindak Tanah RTB Kubang Labi, Haji Muhyiddin Abdul Rashid mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Jelapang, Shalahuddin Jaafar mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Generasi Kedua Felda, Che Wan Musatafa Che Wan Kaman mewakili Sekolah Rendah Islam Darul Bayan dan Salleh Embong mewakili Jawatankuasa Bertindak Tanah Banggol Donas.
Mereka dibawa bertemu dengan Ahmad yang diiringi oleh Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu berhenti rehat sekitar jam 11.00 pagi.

Sebelum itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid bersama Adun PAS yang lain turun ‘padang’ bagi menyambut wakil-wakil jawatankuasa tanah berkenaan yang ‘tersekat’ di pintu masuk Wisma Darul Iman.

Tinjauan mendapati ribuan rakyat Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah rampasan tanah yang dilakukan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Manakala, di hadapan pintu masuk Wisma Darul Iman, rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut menaikan slogan-slogan mengutuk tindakan Umno-BN yang ‘merampas’ tanah rakyat.

Slogan ‘Kami Bantah Rampas Tanah SRIDB’, ‘Kembalikan Tapak Anak Yatim Kami’, ‘Kami Bukan Perompak dan Penjenayah’ dan ‘Kenapa Rampas Hak Kami’ serta banyak lagi dipamerkan oleh para peserta terbabit.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, kerajaan Umno-BN Terengganu ini zalim dan khianat terhadap rakyat sendiri.

“(Tanah) Sekolah rendah yang dirampas oleh kerajaan yang kita rasa amat terkilan, tanahnya dua ekar diluluskan oleh MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) tetapi dirampas (tinggal) seekar,


“yang kedua melibatkan tanah (RTB) Kubang Labi, Kampung Banggol Permairsuri, melibatkan tanah yang diambil untuk I-SHARP tanah yang melibatkan hak orang kampung turut dirampas,

“yang ketiga melibatkan petani (padi) di Kampung Jelapang (Setiu) melibatkan lebih seratus orang yang diusahakan oleh orang kampung,”ujarnya dalam sidang media selepas pennyerahan memorandum tersebut.
Beliau berkata, turut diserahkan adalah memorandum yang melibatkan projek jalan dan jambatan Kampung Jeram yang termasuk tanah penduduk Kampung Banggol Donas yang diambil tanpa dibayar pampasan.

Dalam kes Kampung Banggol Donas, beliau menyelar tindakan kerajaan yang mennafikan hak rakyat seolah-olah sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja.

“Projek lebuhraya yang masuk kampung Banggol Donas tanpa dibayar pampasan dan kelulusan, terus dia masuk (buat projek), ini ada penafian hak rakyat seolah-olah kerajaan sebagai pemerintah dia boleh lakukan apa sahaja,

“(dan) rakyat tidak patut membiarkan begitu sahaja,”tegasnya.



Memorandum yang kelima, menurut Ustaz Satiful adalah melibatkan tanah generasi kedua peneroka Felda yang diserahkan kepada FGVH (Felda Global Venture Holding) yang akan diapungkan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

Katanya dengan tindakan tersebut menyebabkan bepuluh ribu ekar aset rakyat negeri Terengganu akan hilang begitu sahaja

Hadir sama ketika penyerahan memorandum rakyat kepada Ahmad adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya serta Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.

Sumber di SINI

Noh Omar zalim kepada pesawah di Selangor

TANJONG KARANG, 25 APR :  Seramai 20 pesawah mewakili hampir 3,000 pesawah di kawasan Sawah Sempadan, Tanjong Karang menuntut tindakan segera Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkaitan penurunan harga padi secara mengejut semalam.
Ketua Blok Q, Sawah Sempadan, Mohd Ali Abdul Kasim berkata harga yang ditetapkan bagi penjualan padi adalah RM1,250 bagi satu tan metrik.
Namun, harga itu turun kepada RM1,200 dan ini menyebabkan sebilangan besar pesawah enggan menuai padi dan mereka melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan itu.
“Pesawah-pesawah merasa ditipu dan marah dengan tindakan kementerian tidak mengambail sebarang tindakan kepada pihak yang menurunkan harga padi tanpa memberi notis awal dan sebab-sebab yang boleh diterima,” katanya ketika ditemui di Blok S, Sawah Sempadan hari ini.
Menurutnya, pesawah-pesawah tidak mempunyai pilihan selain menjualnya juga kerana padi akan kering jika melebihi tempoh pemotongannya.
Selain itu, syarikat-syarikat yang menguruskan pembelian padi memberi alasan padi yang dijual banyak ‘hampa’dan semua kawasan lain turut mengalami penurunan harga padi mendadak.

Ketua Kampung Blok EQSW, Sawah Sempadan, Sanusi Jawus berkata, pesawah-pesawah di sini merasa dianak-tirikan oleh kementerian terbabit kerana sejurus selesai pemotongan padi di Sawah Sempadan, harga padi mungkin akan naik semula di kawasan Sungai Burong dan Sekinchan.
” Kawasan padi di Selangor terbahagi kepada 4 zon dan Sawah Sempadan merupakan Zon 1 dan kami memotong padi lebih awal dari kawasan-kawasan lain dan harganya tidak tentu sama,” tambahnya.
Dalam pada itu, Sanusi menjelaskan, kos menanam padi semakin meningkat dan subsidi yang diberikan tidak mencukupi kerana padi yang ditanam tetap berhadapan kemungkinan dijangkiti penyakit.
“Hasil padi ini bermusim dan seharusnya pihak yang terbabit tidak menangguk di air yang keruh kerana mengusahakan padi bukan mudah,” jelasnya lagi.
Sementara itu, pesawah yang ditemui, Jailani Mansor, 66, walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, kementerian tidak boleh bersikap sambil lewa dalam menangani isu ini.
“Sawah padi merupakan periuk nasi kami sejak puluhan tahun, jadi kami minta pihak berkenaan mengambil jalan segera menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.
Serentak itu, pesawah-pesawah di kawasan ini menuntut supaya Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani bertanggungjawab membela nasib para petani dengan menetapkan keseragaman harga padi di semua kawasan di Selangor.
Sumber dari SINI

Monday, 16 April 2012

Kerajaan Terengganu menzalimi petani

Baru-baru ini AJK lajnah telah mengadakan perjumpaan kali ke-6 di Terengganu..Berkampung selama 3 hari 2 malam,telah banyak perkara dibincangkan termasuk isu pertanian penduduk setempat..Terdapat satu aduan yang datangnya dari petani yang bekerja sebagai penanam padi.

Sudah tentulah masalah mereka berkaitan dengan corak pentadbiran kerajaan UMNO Terengganu yang dipimpin oleh YAB Ahmad Said...Kerajaan negeri telah berlaku zalim kepada pesawah-pesawah di Kampung Jelapang,Setiu,Terengganu..

Semasa perjumpaan AJK lajnah dengan penduduk Kampung Jelapang,pelbagai aduan dan cadangan diajukan kepada AJK lajnah sendiri..Alhamdulilah segala jawapan kepada persoalan mereka dijawab dengan sebaiknya dan mereka berpuas hati..

Di bawah ini,disenaraikan tuntutan-tuntutan pesawah di Kampung Jelapang..

a) Hak milik tanah - Pesawah mengadu yang mereka masih lagi tidak mendapat geran kekal untuk tanah yang diusahakan mereka dari kerajaan negeri sedangkan sudah bertahun-tahun mereka mengusahakan tanah tersebut.

b) Subsidi - Pesawah menuntut subsidi harga padi dari tahun 2009-2011

c) Penyelarasan input pertanian - Bantuan bahan asas seperti racun,baja dan bahan berkaitan dituntut supaya diselaraskan dengan kawasan penanaman padi yang lain..

d) Potongan padi - Menuntut supaya dikurangkan harga potongan padi yang diusahakan mereka kerana harga potongan sekarang yang mencecah 50% amat membebankan.

e) Jualan padi - Mereka mahukan kebebasan untuk mereka menjual padi kepada pembeli yang menawarkan harga yang lebih mahal kerana sehingga kini mereka hanya dibenarkan menjual hasil padi kepada Peladang.

f) Ganti rugi - Mereka menuntut ganti rugi di atas pembinaan infrstrukturdi atas tanah mereka

Difahamkan pada 24hb April (Selasa) ini,mereka akan mengadakan satu demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman untuk menyerahkan memorendum seterusnya menunut hak dan keperluan mereka diambil berat oleh pihak kerajaan.Turut sama dalam demonstrasi ini adalah beberapa petani di kawasan lain.

Pengenalan...


Assalamualaikum wbt...

Blog ini merupakan blog rasmi bagi Lajnah Pertanian PAS Pusat..Dahulunya lajnah ini bergabung bersama Lajnah Tanah dan Wilayah di mana pengerusinya ketika itu adalah Tuan Haji Razman Zakaria (YDP PAS Lenggong)..Setelah dibincangkan,maka Lajnah Pertanian dikeluarkan dari penggabungan tersebut dan wujudlah Lajnah Pertanian PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Dato Ir Ameruddin Hamzah (Exco Pertanian Kedah)..

Setelah beberapa kali mesyuarat,maka telah dicapai persetujuan semua untuk mewujudkan sebuah portal maya rasmi untuk lajnah ini..Mungkin agak terlewat blog ini diwujudkan namun berikutan kurangnya perhatian rakyat mengenai pertanian dan isu-isu berkaitan pertanian maka diharap sedikit sebanyak blog ini dapat membantu..Untuk makluman semua,lajnah ini merangkumi petani,penternak dan nelayan yang mana kesemuanya adalah merupakan aset penting negara.

Selain itu,sebarang cadangan atau komen boleh terus dimasukkan di dalam ruangan komen..Blog ini sebenarnya masih dalam proses penambahbaikan...Untuk memeriahkan lagi blog ini,pihak editor akan cuba memasukan hal-hal semasa yang berlaku di negara ini dan juga negara-negara luar..Sekian,terima kasih..